Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

27) INFRASTRUKTUR LEBUHRAYA FT01

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Siapa yang bertanggung jawab atas baikpulih dan pembersihan sistem peparitan di sepanjang Jalan Welman, Rawang dan Lebuhraya FT01 di Pusat Bandar Rawang?

    Sistem perparitan di sepanjang Jalan Welman Rawang dan Jalan FT001 Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim di Pusat Bandar Rawang berada di luar R.O.W JKR dan merupakan longkang perimeter bagi deretan kedai di sepanjang jalan tersebut. Kerja-kerja baikpulih dan pembersihan sistem perparitan adalah di luar bidangkuasa JKR.

  2. Bilakah penurapan jalan dan pembaikpulihan sistem peparitan akan dilaksanakan?

    Kerja penurapan di FT 001 yang melibatkan sebahagian Jalan Welman di Pusat Bandar Rawang telah dijalankan pada tahun 2021. Sebahagian lagi telah dipohon peruntukan ke JKR Persekutuan bagi kerja baikpulih pada tahun 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.