Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

25) BANTUAN SEKOLAH SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan akan manfaat dalam program Bantuan Sekolah Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor telah membuka permohonan bagi Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor pada 1 Mac 2022 hingga 31 Mac 2022. Permohonan ini dibuka secara dalam talian di laman sesawang https://www.ssipr.selangor.gov.my bagi kategori Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekoleh Menengah Persendirian Cina, Sekolah Mubaligh, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

    Pada tahun ini Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memanjangkan pemberian bantuan ini kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) Ke 10/2022 yang telah diadakan pada 13 April 2022 telah bersetuju dengan cadangan pemanjangan permohonan ini kepada kategori Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Oleh itu, bagi permohonan tahun 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak 120 permohonan daripada SK dan SMK dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.

  2. Nyatakan jumlah peruntukan dan sekolah yang menerima sumbangan Bantuan Sekolah Selangor mengikuti DUN.

    Jumlah peruntukan dan sekolah yang menerima bantuan tahun 2022 mengikut DUN adalah seperti berikut:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.