Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
23) PENGURUSAN RUMAH KOS RENDAH (JMB/MC)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan JMB/MC yang tidak aktif di kawasan DUN Rawang.
Untuk makluman Yang Berhormat, pengurusan JMB/MC yang tidak aktif di kawasan DUN Rawang adalah seperti berikut:
JENIS PENGURUSAN AKTIF TIDAK AKTIF JMB 24 8 MC 9 5 JUMLAH KESELURUHAN 33 13 -
Apakah tindakan kerajaan bagi membantu untuk membaikpulih keadaan pangsapuri rumah kos rendah yang menghadapi masalah JMB/MC yang tidak aktif?
Berdasarkan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318], hakmilik tanah bagi sesebuah kawasan pemajuan strata adalah hakmilik semua pemilik dan mereka bertanggungjawab untuk menyenggara dan mengurus bangunan pangsapuri mereka. Dalam hal ini, Badan Pengurusan Bersama (JMB) perlu memperkasakan peranan mereka melalui Akta Pengurusan Strata 2013 (757) untuk mengutip tunggakan caj penyenggaraan di kalangan pemilik-pemilik tegar. JMB yang ditubuhkan mempunyai kuasa untuk mengutip caj penyenggaraan daripada pemilik untuk tujuan pengurusan dan penyenggaraan di bawah Seksyen 21 (subseksyen 2), dan dan seksyen 33, Akta Pengurusan Strata 2013 (757). Namun demikian, sebagai kerajaan negeri yang prihatin maka bantuan kerosakan infrastruktur di kawasan flat kos rendah yang tidak mempunyai JMB oleh Kerajaan Negeri akan dibuat di bawah skim bantuan sedia ada mengikut jenis kerosakan di pangsapuri berkenaan. Kebanyakan kerosakan di pangsapuri yang tiada JMB adalah terlalu teruk dan memerlukan kos yang besar untuk tujuan baik pulih. Oleh demikian, kaedah jangka panjang akan diteliti untuk memulihkan bangunan-bangunan uzur akibat tiada badan pengurusan.