Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
22) PENAIKTARAFAN JALAN DI RAWANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan perkembangan kini projek naiktarafan jalan sepanjang lebuhraya B27 Rawang.
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Penyiapan Baki Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Negeri B27, Jalan Rawang – Batang Berjuntai (Fasa 2) Dari Persimpangan Bandar Country Homes Ke Sempadan Daerah Kuala Selangor, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Status Projek Semasa adalah seperti berikut:
% Kerja Fizikal : 92.00% (Sebenar)/ 90.23% (Jadual)
Tarikh Milik Tapak : 26.10.2020
Tarikh Siap Semasa : 28.12.2022
-
Nyatakan perkembangan kini projek naiktarafan jalan sepanjang lebuhraya FT3209 Rawang.
Projek yang dimaksudkan adalah Projek Menaiktaraf Jalan Perindustrian Rawang (FT3209) Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan. Status Projek Semasa adalah seperti berikut:
% Jadual Kerja Fizikal : 0.29% (Sebenar)/ 0.29%(Jadual)
Tarikh Milik Tapak : 22.08.2022
Tarikh Siap Asal : 21.8.2026
Kaedah Perlaksanaan : Reka dan Bina.
Untuk makluman juga, projek berkenaan sedang dalam peringkat rekabentuk dan pengambilan balik tanah.
-
Apakah status permohonan penurapan Jalan Maxwell Rawang?
Untuk makluman Yang Berhormat, status penurapan Jalan Maxwell, Rawang telah siap dilaksanakan pada 23 September 2022.