Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

14) BLUEPRINT BANTUAN PEMBASMIAN KEMISKINAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima Blueprint Bantuan Pembasmian Kemiskinan bagi kawasan DUN Pelabuhan Klang daripada tahun 2016 sehingga kini?

    Untuk makluman Yang Berhormat Pelabuhan Klang, Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan adalah program bantuan yang dilaksanakan mengikut daerah di mana borang permohonan perlu dikemukakan ke Pejabat Daerah/ Tanah untuk diproses dan disiasat sebelum dibawa masuk ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. Malah, Pejabat Daerah/ Tanah juga berperanan membuat perolehan bagi pembelian peralatan/ mesin. Sehubungan dengan itu, tiada perincian data penerima bagi kawasan ADUN Pelabuhan Klang kerana program ini adalah berdasarkan jumlah permohonan yang diterima oleh setiap Pejabat Daerah/ Tanah.

    Namun yang demikian, data/ statistik rasmi berhubung penerima Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan bagi daerah Klang sahaja dari tahun 2017 sehingga 2022 adalah seramai 228 orang dengan peruntukan yang telah dibelanjakan sebanyak RM958,710.00 (Ringit Malaysia : Sembilan Ratus Lima Puluh Lapan Ribu, Tujuh Ratus Sepuluh) dan data/ statistik bagi keseluruhan daerah adalah seperti di LAMPIRAN 1 untuk makluman Yang Berhormat jua.

Lampiran

Tiada Lampiran.