Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

12) PERMASALAHAN BANGUNAN HAY RESORT SABAK BERNAM

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengapakah pembangunan semula serta penambahbaikkan bangunan Hay Resort Sabak Bernam masih belum dimulakan setelah setahun bajet diluluskan?

    Satu perbincangan telah diadakan pada 17 Januari 2022 di Pejabat Exco Pelancongan Negeri Selangor yang dihadiri wakil-wakil dari pihak Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT, UPEN), Seksyen Makro dan Penswastaan (SMP, UPEN), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) mengenai cadangan pengambilalihan tapak plot tambahan (Plot 2, 3 dan 5) dalam penyediaan Request for Proposal (RFP) untuk pembangunan semula RRSB-Hay Resort dan kawasan sekeliling. Ini kerana tambahan plot-plot ini dijangka menyumbangkan faedah limpahan kepada keseluruhan tapak pembangunan RRSB yang lebih mampan dan memberi faedah nilai tambah yang lebih baik dengan perancangan yang menyeluruh.

    Pembangunan semula RRSB-Hay Resort berterasan penswastaan pengoperasian dan pengurusan Plot 1,2,3 dan 5 melalui kaedah RFP dan usahasama dengan pihak operator luar dan membolehkan Kerajaan Negeri memperolehi pulangan pelaburan (Return on Investment)  tanpa penurunan bajet atau kos dari pihak kerajaan negeri.

    Selepas beberapa siri mesyuarat, perjumpaan dan perbincangan, penyediaan dokumentasi dan sebagainya, persetujuan pihak tuan tanah dan kelulusan pihak berkuasa tempatan dimohon untuk mengambilalih plot-plot tambahan dalam pembangunan keseluruhan tapak RRSB sebelum proses RFP dilaksanakan.

    MMKN Bilangan 18 Tahun 2022 bertarikh 3 Ogos 2022 dan telah disahkan oleh MMKN Bilangan 19 Tahun 2022 bertarikh 10 Ogos 2022 telah bersetuju dan meluluskan Pelantikan Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) sebagai Pengurus Projek dan pihak Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) sebagai penyelaras RFP Pembangunan Semula Rumah Rehat Sabak Bernam seperti berikut:

    (i)    Bersetuju dengan cadangan pembangunan semula RRSB melalui kaedah RFP melibatkan Tanah Kerajaan Plot 1 (2.3 ekar)-tapak RRSB- Hay Resort (asal), Plot 2-Rumah Tamu VVIP (0.95 ekar), Plot 3-Kawasan Lapang Pusat Rekreasi (1.82 ekar) dan Kawasan baru yang dikenalpasti iaitu Kawasan jeti dan persisiran sungai di Plot 5 (dalam proses pewartaan)

    Mesyuarat Penyelarasan bagi membincangkan Perkara Berkaitan Gerak Kerja Ke Arah Pembangunan Semula RRSB bertarikh 27 September 2022 yang telah dipengerusikan oleh YB Tuan Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Selangor telah memutuskan agar kerja-kerja pengukuran semula dilaksanakan bagi tapak Plot 1 (RRSB-Hay Resort), Plot 2 – Rumah Tamu VVIP, Plot 3 – Kawasan Lapang Pusat Rekreasi dan kawasan baru yang dikenalpasti iaitu kawasan jeti dan persisiran sungai di Plot 5. Pengukuran semula tapak plot yang terlibat tersebut membantu pihak MBI dalam penyediaan proses dokumentasi RFP dengan jelas dan tepat.

    Peringkat pengurusan semua proses tender secara RFP bagi menyedia, menyelaras, menguruskan penyiaran dan penjualan dokumen RFP, penilaian dan hal-hal RFP selaras dengan proses RFP MBI yang sedia ada sedang dijalankan dan dijangka siap pada akhir tahun 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.