Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
11) PERMASALAHAN KEDIAMAN PPRT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah kediaman PPRT di Daerah Sabak Bernam yang dibina diatas tanah rezab JPS dan JKR?
Jumlah kediaman PPRT di daerah Sabak Bernam yang dibina di atas tanah rezab JPS dan JKR adalah seperti berikut :
-
Adakah penduduk - penduduk PPRT ini akan diberikan geran hakmilik?
Cadangan pemberian hakmilik (geran) bagi penduduk di penempatan PPRT hanya akan diteliti untuk pertimbangan dengan mengambil kira kelayakan yang menepati kriteria-kriteria dan syarat-syarat tertentu seperti berikut:
- Tanah yang diduduki berstatus tanah Kerajaan;
- Tiada sebarang perancangan atau pembangunan ke atas tapak tersebut;
- Mempunyai rizab jalan dan rizab parit yang mencukupi;
- Tidak termasuk dalam lingkungan 50 meter daripada rizab sungai atau rizab parit;
- Rumah hendaklah didiami oleh penghuni asal yang ditetapkan oleh Pejabat Daerah dan bukan disewakan oleh penghuni tanpa kebenaran;
- Tiada halangan daripada jabatan-jabatan teknikal yang terlibat;
- Tertakluk kepada syarat-syarat pemberimilikan dalam Pekeliling PTGS Bilangan 3 Tahun 2020.
-
Apakah ada perancangan untuk diberikan kepada mereka penempatan baru?
Tiada cadangan pembinaan penempatan baru pada masa ini.