Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

281) PELANCONGAN PERINDUSTRIAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Selangor untuk mengaitkan pelancongan perindustrian DUN Balakong dengan rancangan pelancongan lain di dalam Selangor?

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor sentiasa menggalakkan pemilik-pemilik kilang yang berminat untuk menyertai pelancongan perindustrian. Penyertaan ini tidak hanya tertumpu kepada pemilik kilang-kilang di kawasan Balakong sahaja, malah, ia terbuka kepada semua. Salah satu inisiatif yang dilaksanakan adalah dengan memasukkan produk/destinasi pelancongan perindustrian ke dalam itinerari pakej-pakej agensi pelancongan. Bagi agensi pelancongan yang memohon dan mendapat kelulusan Bantuan Geran “familiarization trip”, pihak Tourism Selangor juga membantu mempromosikan pakej pelancongan perindustrian yang sedia ada kepada para agensi pelancongan.

Lampiran

Tiada Lampiran.