Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
271) PROJEK SUNGAI RASAU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyataka status Projek Sungai Rasau.
Projek Sungai Rasau Peringkat 1 adalah di peringkat kelulusan pelan, permit kerja dan pengambilan tanah daripada pihak-pihak berkuasa. Kerja-kerja fizikal melibatkan pembersihan tapak telah bermula pada Oktober 2022 mengikut kawasan yang telah mendapat kelulusan untuk menjalankan projek.
Sehingga 25hb September 2022:
- Bagi Pakej 1 yang melibatkan (i) muka sauk dan steen pengepaman air mentah berkapasiti 750 JLH, (ii) 2 x 2400 mm paip pengepaman air mentah daripada muka sauk Rasau ke LA Rasau dan (ii) LRA berkapasiti 700 JLH; adalah pada peringkat semakan dan kelulusan jadual kerja.
- Bagi Pakej 2 yang melibatkan (i) stesen pengepaman air terawat berkapasiti 700 JLH, (il) 2 × 2100 mm paip pengepaman air terawat sepanjang 42 km dari stesen pengepaman ke Kolam Air Bukit Lipat Kajang (Klang) dan (ii) Paip agihan air terawat bergaris pusat 1500 mm sepanjang 18 km daripada Kolam Air Bukit Lipat Kajang; dan (iv) lain-lain kerja yang berkaitan. Setakat ini, kemajuan projek sebenar adalah pada 3%.
- Bagi Pakej 3 yang melibatkan (i) Kolam Imbangan Rasau yang baharu dengan kapasiti simpanan 23 juta liter air di Bukit Lipat Kajang, Klang; (ii) Stesen Pam Penggalak ke Kolam Air Rasau Paras Tinggi; (iii) Kolam Air Rasau paras tinggi dengan kapasiti simpanan 45 juta liter air; dan (iv) kerja-kerja penyambungan paip agihan. Setakat ini, kemajuan projek sebenar adalah pada 2.20%.
-
Nyatakan jumlah kos Projek Sungai Rasau.
Pembinaan Proiek LA Sungai Rasau dan Sistem Agihan Peringkat 1 adalah dianggarkan berjumlah RM3.3 billion. Anggaran kos bagi kesemua pakej tersebut merangkumi pembinaan, perundingan, peneliaan dan pengambilan balik tanah. Bagi kerja-kerja peringkat huluan Projek LA Sungai Rasau pula, ia dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan yang melibatkan kos RM1.8 bilion. Anggaran kos bagi kesemua pakej tersebut merangkumi pembinaan, perundingan, peneliaan dan peruntukan perbelanjaan bag tebatan banjir serta kos-kos lain yang mash pada peringkat pra-perancangan. Tarik jangka siap keseluruhan Projek Peringkat 1 adalah pada akhir Jun 2025.