Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

257) FENOMENA BANJIR BESAR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan Kerajaan Selangor untuk menghadapi Fenomena Banjir Besar pada bulan November?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah membuat perancangan bagi menghadapi Fenomena Banjir Besar yang dijangka pada bulan November tahun ini. Perancangan tersebut adalah seperti berikut:-

     

    1. Menempatkan 92 unit pam semi-kekal milik JPS dan 15 unit pam sewaan milik Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) di lokasi hotspot Manakala 7 unit pam bergerak ditempatkan di JPS Selangor dalam mod bersedia (standby) sekiranya diperlukan oleh Daerah;
    2. Membuat pinjaman sementara 5 unit pam bergerak daripada JPS Malaysia;
    3. Sekiranya banjir meluas mula berlaku di beberapa daerah, Bilik Gerakan Banjir JPS Negeri akan dibuka untuk menyelaras pengumpulan laporan-laporan awal kejadian banjir yang berlaku di daerah. Di samping itu, petugas Bilik Gerakan juga akan memantau aras air, taburan hujan, status keberfungsian siren dan juga  Internet Protocol (IP) Camera melalui Laman Web Infobanjir Selangor. Data-data status semasa aras air dan taburan hujan yang mencatatkan bacaan peringkat amaran dan bahaya akan dihebahkan dari masa ke semasa kepada pengurusan JPS dan juga group WhatsApp Bencana Negeri secara berkala sebagai langkah berjaga untuk tindakan selanjutnya dari semua pihak yang terlibat.
    4. Pelaksanaan kerja-kerja kecil bagi mengatasi banjir di beberapa kawasan yang dijangka banjir terutamanya kerja-kerja pembersihan parit dan sedang melaksanakan beberapa lagi siri kerja jangka pendek mengatasi banjir dan memfokuskan kepada pengukuhan benteng pantai;
    5. Pemantauan berterusan di kawasan hotspot banjir dan kawasan-kawasan kunci air terutama ketika air pasang besar; dan
    6. Memastikan aset Jabatan seperti jadual berikut dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

       

       


      UNIT BENCANA

      1. Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah melaksanakan tindakan bagi menghadapi banjir sewaktu musim Monsun Timur Laut (MTL) seperti berikut :

       

      • Mengedarkan Surat Arahan Persediaan Menghadapi Musim Monsun Timur Laut Di Negeri Selangor 2022 pada 14 September 2022 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD);
      • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 pada 19 September 2022 dan 7 Oktober 2022;
      • Mesyuarat dan perbincangan persiapan bagi memastikan kesiapsiagaan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan;
      • Kerajaan Negeri telah menerima 8,543 cubical tent sumbangan kurnia DYMM Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada 13 September 2022;
      • Pengedaran kelengkapan asas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti cubicle tent, selimut, tilam bantal dan kelengkapan asas ke semua Daerah bagi memastikan bantuan penempatan sementara dapat disediakan dalam kadar segera kepada mangsa bencana;
      • Seramai 16,119 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dengan kekuatan sebanyak 15,215 aset serta jentera berada dalam mod siap sedia;
      • Sesi Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor telah diadakan pada 28 dan 29 September 2022 yang disertai oleh 343 peserta daripada 67 agensi Negeri dan Persekutuan;
      • Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah membuat pemantauan secara “ad-hoc” di sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat dan projek-projek tebatan banjir di Sungai Lui;
      • Tan Sri KSN juga mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 melibatkan semua agensi respon/teknikal dan JPBN secara berkala bagi memantau situasi pengurusan bencana di seluruh negara;
      • UPBN telah mendapat kelulusan MMKN bagi perolehan satu (1) bot amfibia dan 30 unit bot inflatable dengan anggaran kos berjumlah RM1,160,000.00.
      • UPBN telah menerima peruntukan daripada NADMA sebanyak RM450,000.00 untuk diagihkan kepada 9 JPBD bagi persiapan menghadapi MTL serta RM103,000.00 bagi tujuan pembaikan PPS di Negeri Selangor.
      • JPBD telah dan sedang menjalankan program-program simulasi peringkat Daerah.
      • Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor Bil. 2/2022 – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023. Berikut adalah Tarikh pelaksanaan mesyuarat persiapan JPBD peringkat daerah :

  2. Adakah YAB MB dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Bencana Selangor?

    Untuk makluman YB, berdasarkan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Berikut adalah keahlian JPBN berdasarkan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) :

     

    1. KEAHLIAN

    Pengerusi : YB Setiausaha Kerajaan Negeri/ Ketua Setiausaha Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar

    Ahli-ahli:

    1. Ketua Polis Negeri
    2. Panglima Briged/Pemerintah Pasukan Briged Tempatan, ATM
    3. Pegawai Kewangan Negeri
    4. Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri
    5. Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Negeri
    6. Pengarah Kesihatan Negeri
    7. Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
    8. Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri
    9. Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri
    10. Pengarah Penerangan Negeri
    11. Pengarah Penyiaran Negeri
    12. Pengarah Pelajaran Negeri
    13. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri
    14. Pengarah Meteorologi Negeri
    15. Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri
    16. Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri
    17. Pengarah Ikatan Relawan Rakyat Malaysia
    18. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    19. Pegawai-pegawai Daerah
    20. Pengarah/Pengurus Jabatan/Syarikat Bekalan Air Negeri
    21. Pengurus Telekom Malaysia Berhad Negeri
    22. Pengurus Tenaga Nasional Berhad Negeri/Syarikat Bekalan Elektrik Negeri
    23. Pengurus Jabatan Penerbangan Awam Negeri atau wakil
    24. Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri/Pejabat Tourism Malaysia Negeri

    Turut Hadir : Lain-lain pegawai daripada Jabatan/Agensi yang berkaitan

    Setiausaha : Setiausaha Keselamatan Negeri,

    Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri

Lampiran

Tiada Lampiran.