Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
255) SKIM MIKRO KREDIT SELANGOR (SKIMSEL)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Usahawan
Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah penerima dan jenis perniagaan yang telah berjaya mendapat kemudahan ini bermula tahun 2018 sehingga kini mengikut daerah?
Bermula penubuhan Yayasan Hijrah Selangor pada tahun 2015, program pinjaman mikrokredit SKIMSEL dan MIMBAR telah digabungkan dibawah satu program.Program ini diwujudkan untuk meningkatakan dan menaiktaraf golongan bawahan ke golongan kelas menengah melalui pendekatan suntikan modal tambahan kepada peniaga.
Berikut adalah bilangan peserta mengikut daerah (bermula tahun 2018 sehingga 30 September 2022):
-
Adakah penerima-penerima bantuan tersebut berjaya meningkatkan hasil jualan mereka berbanding sebelumnya?
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), terdapat peningkatan daripada 50% kepada 59.6% bagi kategori Pendapatan Kasar Perniagaan atas RM5,001. Manakala bagi Kajian Pendapatan Peribadi Bulanan atas RM1,000 juga terdapat peningkatan daripada 85.2% kepada 95.4% dan peminjam yang menjana pendapatan RM5,001 ke atas meningkat dari 26.9% kepada 36.9%.
Selain daripada itu, seramai 1,750 orang peminjam Hijrah Selangor telah membuat sekurang-kurangnya empat (4) kali pinjaman ulangan. Kejayaan mereka dalam melunaskan bayaran balik pinjaman menunjukkan prestasi perniagaan mereka yang baik dan berkembang maju. Ini juga bermakna pinjaman dana yang diberikan kepada mereka adalah berkesan.
Dari segi pengembangan perniagaan, terdapat 9 orang peminjam Hijrah Selangor yang dilantik menjadi syarikat peneraju untuk memberi bimbingan, latihan dan pemantauan kepada individu yang berminat untuk memulakan perniagaan. Ini menunjukkan bahawa produk usahawan Hijrah Selangor adalah berkualiti dan dengan wujudnya peserta dibawah syarikat peneraju ini, maka lahirlah usahawan baharu.
Sehingga kini, seramai 256 orang peminjam telah membuat rakaman dan mereka ini dikategorikan sebagai “Peserta Success Story” oleh Hijrah Selangor yang mana mereka dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang diambil antaranya mestilah mempunyai peningkatan jualan tahunan, penambahan bilangan pekerja, peningkatan nilai aset perniagaan, pemilikan rumah & kenderaan dan juga dari segi pemilikan tanah.