Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

254) JELAJAH EHSAN RAKYAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan statistik hasil jualan Jelajah Ehsan Rakyat setakat ini.

    Statistik hasil jualan Jelajah Ehsan Rakyat ( JER ) sehingga 30 Oktober 2022 adalah seperti di bawah :

  2. Adakah pihak PKPS bercadang untuk menambah jualan barangan keperluan asas?

    Pihak PKPS tidak bercadang untuk menambah jualan barangan keperluan asas lain setakat ini. Walaubagaimanapun, bermula 17 Oktober 2022, kuantiti barangan yang dijual telah ditambah sebagai contoh kuantiti ayam dinaikkan kepada 500 ekor berbanding hanya 300 ekor sebelum ini.

  3. Berapakah jumlah yang telah dibelanjakan setakat ini untuk program Jelajah Ehsan Rakyat?

    Setakat 30 Oktober lalu, sebanyak RM2,825,314.20 subsidi yang telah dibelanjakan bagi program JER.

Lampiran

Tiada Lampiran.