Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

244) PEMBANGUNAN TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) yang sedia ada dan yang dalam perancangan?

    Pada masa kini, terdapat 11 kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) sedia ada di bawah kelolaan Jabatan Pertanian  di Negeri Selangor yang sedang beroperasi mengeluarkan hasil-hasil sayuran, buah-buahan dan tanaman kontan. Sehingga kini tiada perancangan untuk mengujudkan Taman Kekal Pengeluaran Makanan yang baru.

  2. Apakah tanaman yang dikenalpasti untuk setiap TKPM? Peratusan sumbangan pengeluaran tanaman kepada bekalan makanan peringkat negeri?

    Rekod bagi tahun 2021 menunjukkan hasil pengeluaran TKPM adalah 26,057 metrik tan dan nilai pengeluaran adalah RM40.10 juta. Pencapaian ini telah menyumbang sebanyak 13% kepada bekalan makanan Negeri Selangor. Berikut adalah senarai Taman Kekal Pengeluaran Makanan dan jenis tanaman yang diusahakan:

    Selain daripada Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar dan Jabatan Perikanan juga melaksanakan  Projek TKPM ini, perincian TKPM adalah seperti berikut:

    • Jabatan Veterinar Negeri Selangor mempunyai 20 projek TKPM dengan keluasan 1,361.98 ha yang diusahakan oleh seramai 71 orang peserta menyumbang nilai pengeluaran berjumlah RM 19.44 juta.
    • Jabatan Perikanan Negeri Selangor mempunyai 6 Zon Industri Akuakultur dengan keluasan 561.76ha yang diusahakan oleh 13 peserta dan menyumbang nilai pengeluaran sebanyak RM 19.26 juta.

    Oleh yang demikian, keseluruhan TKPM di Negeri Selangor adalah sebanyak 37 projek TKPM dengan jumlah keluasan 3,275.19 ha yang diusahakan oleh 460 peserta dan menyumbang hasil nilai pengeluaran sebanyak RM 71.8 juta.

Lampiran

Tiada Lampiran.