Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
243) PROJEK SELANGOR PENYAYANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa projek telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang di DUN Balakong dan juga seluruh Selangor? Sila menyenaraikan projek-projek tersebut mengikut kategori penyelenggaraan, bina baru dan lain-lain masing-masing.
SELANGOR IMPLEMENTATION AND PERFOMANCE MONITORING UNIT (SIAP)
Keseluruhan Projek Selangor Penyayang yang telah diluluskan di Negeri Selangor sehingga 9 November 2022adalah sebanyak 663 projek dengan kos sebanyak RM35,078,782.95.
Bagi Dun Balakong, 21 projek dengan kos sebanyak RM1,356,415.00 telah diluluskan di bawah Projek Selangor Penyayang.
Kategori kelulusan projek di DUN Balakong adalah seperti berikut:
- 1 projek berjumlah RM49,965.00 diluluskan bagi kerja-kerja baik pulih jalan di bawah Vot P01 – Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri;
- 1 projek berjumlah RM350,000.00 diluluskan bagi kerja mengecat pangsapuri kos rendah/ sederhana rendah atau mampu milik atau Rumah Selangorku di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor; dan
- 19 projek berjumlah RM956,450.00 diluluskan bagi kerja-kerja baik pulih jalan dan longkang di bawah peruntukan Pihak Berkuasa Tempatan.