Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
241) PERSEDIAAN MENGHADAPI BENCANA BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah persediaan yang telah dibuat untuk menghadapi kebarangkalian bencana banjir pada hujung tahun ini?
JPSAntara persediaan yang diambil oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dalam menghadapi bencana banjir merangkumi perkara berikut:-
- Menempatkan 92 unit pam semi-kekal milik JPS dan 15 unit pam sewaan milik Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) di lokasi hotspot Manakala 7 unit pam bergerak ditempatkan di JPS Selangor dalam mod bersedia (standby) sekiranya diperlukan oleh Daerah;
- Membuat pinjaman sementara 5 unit pam bergerak daripada JPS Malaysia;
- Sekiranya banjir meluas mula berlaku di beberapa daerah, Bilik Gerakan Banjir JPS Negeri akan dibuka untuk menyelaras pengumpulan laporan-laporan awal kejadian banjir yang berlaku di daerah. Di samping itu, petugas Bilik Gerakan juga akan memantau aras air, taburan hujan, status keberfungsian siren dan juga Internet Protocol (IP) Camera melalui Laman Web Infobanjir Selangor. Data-data status semasa aras air dan taburan hujan yang mencatatkan bacaan peringkat amaran dan bahaya akan dihebahkan dari masa ke semasa kepada pengurusan JPS dan juga group WhatsApp Bencana Negeri secara berkala sebagai langkah berjaga untuk tindakan selanjutnya dari semua pihak yang terlibat.
- Pelaksanaan kerja-kerja kecil bagi mengatasi banjir di beberapa kawasan yang dijangka banjir terutamanya kerja-kerja pembersihan parit dan sedang melaksanakan beberapa lagi siri kerja jangka pendek mengatasi banjir dan memfokuskan kepada pengukuhan benteng pantai;
- Pemantauan berterusan di kawasan hotspot banjir dan kawasan-kawasan kunci air terutama ketika air pasang besar; dan
- Memastikan aset Jabatan seperti jadual berikut dalam keadaan siap siaga sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.
UNIT BENCANA
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah melaksanakan tindakan bagi menghadapi banjir sewaktu musim Monsun Timur Laut (MTL) seperti berikut :
- Mengedarkan Surat Arahan Persediaan Menghadapi Musim Monsun Timur Laut Di Negeri Selangor 2022 pada 14 September 2022 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD);
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 pada 19 September 2022 dan 7 Oktober 2022;
- Mesyuarat dan perbincangan persiapan bagi memastikan kesiapsiagaan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan;
- Kerajaan Negeri telah menerima 8,543 cubical tent sumbangan kurnia DYMM Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada 13 September 2022;
- Pengedaran kelengkapan asas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti cubicle tent, selimut, tilam bantal dan kelengkapan asas ke semua Daerah bagi memastikan bantuan penempatan sementara dapat disediakan dalam kadar segera kepada mangsa bencana;
- Seramai 16,119 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dengan kekuatan sebanyak 15,215 aset serta jentera berada dalam mod siap sedia;
- Sesi Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor telah diadakan pada 28 dan 29 September 2022 yang disertai oleh 343 peserta daripada 67 agensi Negeri dan Persekutuan;
- Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah membuat pemantauan secara “ad-hoc” di sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat dan projek-projek tebatan banjir di Sungai Lui;
- Tan Sri KSN juga mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 melibatkan semua agensi respon/teknikal dan JPBN secara berkala bagi memantau situasi pengurusan bencana di seluruh negara;
- UPBN telah mendapat kelulusan MMKN bagi perolehan satu (1) bot amfibia dan 30 unit bot inflatable dengan anggaran kos berjumlah RM1,160,000.00.
- UPBN telah menerima peruntukan daripada NADMA sebanyak RM450,000.00 untuk diagihkan kepada 9 JPBD bagi persiapan menghadapi MTL serta RM103,000.00 bagi tujuan pembaikan PPS di Negeri Selangor.
- JPBD telah dan sedang menjalankan program-program simulasi peringkat Daerah.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor Bil. 2/2022 – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023. Berikut adalah Tarikh pelaksanaan mesyuarat persiapan JPBD peringkat daerah :
-
Berapakah jumlah peruntukan kerajaan yang disediakan untuk berdepan dengan bencana berkaitan banjir pada tahun ini?
JPS
Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan pembangunan sebanyak RM57.95 juta pada tahun 2022 kepada JPS untuk melaksanakan projek di bawah RMKe-12 (2021 – 2025) seperti berikut:-
- Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) dengan kos tahun semasa RM10.7 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM245.37 juta.
- Pembangunan Sistem Saliran dengan kos tahun semasa RM5.55 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM112.4 juta.
- Pembangunan Lembangan Sungai dengan kos tahun semasa RM11.40 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM80.68 juta.
- Pembangunan Sumber Air dan Hidrologi dengan kos tahun semasa RM0.77 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM6.0 juta.
- Pembangunan Saliran Mesra Alam dengan kos tahun semasa RM2.10 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM53.3 juta.
- Pembangunan Pantai dengan kos tahun semasa RM2.37 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM24.9 juta.
- Pembangunan Infrastruktur Mekanikal dan Elektrikal dengan kos tahun semasa RM3.56 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM11.75 juta.
- Pembangunan ICT Jabatan dengan kos tahun semasa RM0.42 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM2.35 juta.
- Pelbagai dengan kos tahun semasa RM21.02 juta daripada kos keseluruhan berjumlah RM21.03 juta.
Susulan daripada kejadian banjir pada bulan Disember 2021 dan Mac 2022, tindakan susulan yang diambil oleh Kerajaan Negeri melalui JPS adalah dengan melaksanakan kerja-kerja pasca banjir seperti berikut:-
- 47 kerja segera berjumlah RM39.675 juta yang merangkumi skop mengorek sungai, pengorekan kolam dan perolehan pam bergerak.
- 12 kerja-kerja kritikal berjumlah RM11.39 juta yang merangkumi skop membaikpulih ban dan perolehan genset dan sistem siren.
- 223 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM21.02 juta menggunakan Peruntukan Pembangunan Negeri (P13) yang merangkumi skop kerja-kerja pengukuhan dan penstabilan tebing sungai, penyelenggaraan sungai dan pantai serta kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam dan pintu air.
- 385 kerja-kerja pasca banjir berjumlah RM70 juta menggunakan Peruntukan Pembangunan Persekutuan yang merangkumi skop pemuliharaan sungai dan pembaikan sturktur.
UNIT BENCANA
Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor telah menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan bagi persediaan menghadapi banjir sewaktu musim monsun timur laut 2022/2023 seperti berikut :
-
Berapa dan dimanakah kawasan 'hotspot' bencana berkaitan banjir di Selangor?
Bilangan dan lokasi kawasan hotspot banjir di Negeri Selangor adalah seperti berikut:-