Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
221) APLIKASI SELANGKAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Selangor berhasrat menjadikan aplikasi SELangkah satu aplikasi yang menguruskan segala urusan inisiatif kerajaan?
Kerajaan Negeri Selangor berhasrat menjadikan Aplikasi Selangkah sebagai aplikasi utama yang menguruskan segala urusan inisiatif kerajaan. Ini adalah selaras dengan keputusan MMKN pada 30 Mac 2022 dan disahkan melalui MMKN pada 9 April 2022, dimana Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju agar sistem/Aplikasi Selangkah menjadi platform untuk program dan inisiatif Kerajaan Negeri Selangor bagi pendaftaran, permohonan, pembayaran dan penyelarasan insentif melalui platform digital.
-
Adakah Kerajaan Selangor berhasrat menggunakan aplikasi SELangkah untuk mengemaskini data warga Selangor supaya kerajaan dapat data yang lebih tepat semasa membuat rancangan masa depan?
Aplikasi Selangkah menerusi modul Selangkah ID mampu diguna pakai sebagai pengkalan data yang dapat dikemaskini bagi memastikan kerajaan menerima data yang lebih tepat dalam usaha untuk merangka rancangan masa hadapan.