Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

219) STATUS TEBATAN BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status plan tebatan banjir di Rumah Awam Batu 30 Ulu Yam Lama?

    Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 dan Lain-Lain Kerja Berkaitan, Mukim Hulu Yam, Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan telah diluluskan di bawah Akaun Amanah Caruman Parit dengan anggaran kos projek sebanyak RM4.2 juta. Reka bentuk terperinci bagi projek ini telah siap dilaksanakan secara dalaman oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

     

    Pelaksanaan fizikal masih belum dimulakan di tapak kerana cadangan pembinaan kolam takungan di atas lot persendirian perlu melalui proses pengambilan tanah. Permohonan bagi pengambilan tanah ini telah dimajukan kepada Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor. Walau bagaimanapun, terdapat pindaan pada pelan pengambilan tanah dan permohonan pengambilan tanah telah dikemukakan semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor pada 4 November 2022.

Lampiran

Tiada Lampiran.