Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
212) KEBOLEHPASARAN LEPASAN STDC
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pekerjaan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan kebolehpasaran pelajar lepasan STDC?
Tahap kebolehpasaran graduan STDC akan dibuat melalui Kajian Pengesanan Graduan (Tracer Study) selepas enam (6) bulan pelajar tamat pengajian. Statistik kebolehpasaran pelajar lepasan STDC bagi tahun 2020 dan 2021 adalah seperti berikut:
-
Apakah kursus pengajian yang mendapat permintaan yang tinggi di STDC?
Kursus Kejuruteraan Elektrik adalah salah satu kursus yang mempunyai permintaan tinggi di STDC dari kalangan pelajar malah dari pelbagai industri yang melibatkan kerja-kerja elektrikal. Kursus ini menawarkan Program sepenuh bagi Persijilan Sijil Kemahiran Malaysia bagi Tahap 2 & 3 serta Persijilan Suruhanjaya Tenaga bagi Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal (PW2), Pendawaian Elektrik Tiga Fasa (PW4) & Penjaga Jentera (AO). Selain itu, tawaran program separuh masa juga mendapat permintaan tinggi bagi kursus dibawah Persijilan Suruhanjaya Tenaga.
Setiap kursus yang ditawarkan di STDC mempunyai tambahan modul khas sebagai kursus profesional mengikut keperluan industri melalui hubungan kerjasama pintar. Bagi kursus elektrikal, kursus profesional yang ditawarkan adalah Building Automation System (BAS) yang menggunakan sistem KNX dengan kerjasama syarikat Seikou Sdn Bhd.
Sektor ini merupakan sektor terbesar di STDC yang boleh menampung sehingga 200 orang bagi satu pengambilan pelajar baru. Kemudahan yang disediakan di bengkel dilengkapi dengan peralatan latihan dan mesin yang mencukupi mengikuti perkembangan semasa keperluan pekerjaan di industri.