Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

209) MEMPERBAIKI STADIUM SHAH ALAM

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian Kerajaan terhadap dakwaan kos membaiki stadium tersebut memakan belanja RM787 juta. Berapakah kos sebenar dan dari manakah sumber dana tersebut?

    Anggaran kos membaiki dan menaiktaraf stadium berjumlah RM 787 juta adalah anggaran kasar awal dengan mengambil kira kos menaikkan aras padang, pemindahan bilik mekanikal dan elektrikal, bilik persalinan, bilik VIP, penukaran bumbung dan rangka, pemasangan paip utama dan kabel utama di kawasan stadium.

     

    Sumber dana projek pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam ini adalah melalui konsep usahasama kerajaan swasta (public private partnership).

Lampiran

Tiada Lampiran.