Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
206) WATER GATE DAN SUNGAI
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Water Gate Langat WTP Raw Water Intake Plant berfungsi secara automatik sekiranya air Sungai Langat naik?
Water gate atau weir gate (atau pintu bedungan air) Loji Rawatan Air (LRA) Sg Langat dioperasikan secara manual melalui pemantauan paras sungai pada setiap jam. Air Selangor mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Operasi Kawalan Weir Gate berdasarkan paras semasa Sungai Langat.
SOP ini dapat memastikan paras air mencukupi bagi pengoperasian pam air mentah yang seterusnya dapat mengurangkan risiko banjir bermula di bahagian hulu sungai lagi.