Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
205) PENGURUSAN SUMBER ALAM SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jenis pengeluaran bahan galian sumber alam yang masih aktif di Selangor?
Bahan galian sumber alam yang masih aktif pengeluarannya di Selangor adalah seperti berikut :-
Bahan Batuan
Mengikut Tafsiran Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 Akta 828
- Granit
- Pasir
- Tanah Merah
- Tanah Liat
- Tanah Beban
- Rumput
- Batu Bata
Bijih Mineral
Mengikut Tafsiran Enakmen Mineral (Selangor) 2000
- Bijih Timah
- Silika
-
Apa jumlah royalti dan hasil kepada Kerajaan Negeri sejak 2018 sehingga bulan Jun 2019?
Jumlah kutipan royalti dan hasil kepada Kerajaan Negeri sejak 2018 sehingga Jun 2019 adalah seperti berikut :-
-
Apa rancangan masa depan yang menjaminkan pengeluaran sektor ini lebih mampan?
Rancangan masa depan yang menjaminkan pengeluaran sektor ini lebih mampan adalah seperti berikut :-
Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) sebagai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor telah dilantik untuk mentadbir urus sumber alam negeri sedia ada (bahan batuan dan mineral) dengan menjalankan eksplorasi di kawasan-kawasan baharu bagi menjamin kegunaan bekalan disamping menjana hasil baharu yang konsisten kepada Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun dalam menjalankan aktiviti tersebut ianya hendaklah seimbang bersama-sama kelestarian alam sekitar.