Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
202) PERSIAPAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan untuk membuat persiapan menghadapi banjir?
Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah melaksanakan tindakan bagi menghadapi banjir sewaktu musim Monsun Timur Laut (MTL) seperti berikut :
- Mengedarkan Surat Arahan Persediaan Menghadapi Musim Monsun Timur Laut Di Negeri Selangor 2022 pada 14 September 2022 kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD);
- Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 pada 19 September 2022 dan 7 Oktober 2022;
- Mesyuarat dan perbincangan persiapan bagi memastikan kesiapsiagaan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dan agensi Kerajaan Negeri serta Persekutuan;
- Kerajaan Negeri telah menerima 8,543 cubical tent sumbangan kurnia DYMM Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada 13 September 2022;
- Pengedaran kelengkapan asas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti cubicle tent, selimut, tilam bantal dan kelengkapan asas ke semua Daerah bagi memastikan bantuan penempatan sementara dapat disediakan dalam kadar segera kepada mangsa bencana;
- Seramai 16,119 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dengan kekuatan sebanyak 15,215 aset serta jentera berada dalam mod siap sedia;
- Sesi Latih Amal dan Simulasi Bencana Negeri Selangor telah diadakan pada 28 dan 29 September 2022 yang disertai oleh 343 peserta daripada 67 agensi Negeri dan Persekutuan;
- Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah membuat pemantauan secara “ad-hoc” di sekitar Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Sungai Serai, Hulu Langat dan projek-projek tebatan banjir di Sungai Lui;
- Tan Sri KSN juga mempengerusikan Mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023 melibatkan semua agensi respon/teknikal dan JPBN secara berkala bagi memantau situasi pengurusan bencana di seluruh negara;
- UPBN telah mendapat kelulusan MMKN bagi perolehan satu (1) bot amfibia dan 30 unit bot inflatable dengan anggaran kos berjumlah RM1,160,000.00.
- UPBN telah menerima peruntukan daripada NADMA sebanyak RM450,000.00 untuk diagihkan kepada 9 JPBD bagi persiapan menghadapi MTL serta RM103,000.00 bagi tujuan pembaikan PPS di Negeri Selangor.
- JPBD telah dan sedang menjalankan program-program simulasi peringkat Daerah.
- Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor Bil. 2/2022 – Menghadapi Monsun Timur Laut 2022/2023. Berikut adalah Tarikh pelaksanaan mesyuarat persiapan JPBD peringkat daerah :
-
Adakah kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani banjir?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri menggunapakai ketetapan Arahan No. 20, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) untuk menguruskan, mengkoordinasi dan menangani bencana banjir, banjir kilat, ribut, tanah runtuh, pencemaran, kebakaran dan lain-lain berkaitan bagi memastikan operasi bantuan dilaksanakan mengikut pelan Tindakan Tetap Pengurusan Kecemasan dan Bencana serta mematuhi Arahan Keselamatan yang telah digariskan.