Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

192) DAKWAAN SYARIKAT DORMANT KONSESI HUTAN KUARI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat dakwaan dua syarikat Dormant yang setiap satunya mendapat kawasan kuari lebih kurang 100 ekar setiap syarikat. Sila jelaskan.

    Hasil semakan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mendapati tiada syarikat ‘Dormant’ dalam senarai nama syarikat yang terlibat dalam kelulusan permohonan kawasan kuari di hutan simpanan kekal negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.