Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
187) PROGRAM JELAJAH EHSAN RAKYAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimanakan kerajaan dan PKPS mendapatkan bahan-bahan makanan dengan harga yang begitu rendah di mana apakah perbelanjaan keseluruhan yang ditanggung oleh PKPS dan adakah PKPS mampu menjana pulangan daripada aktiviti ini?
PKPS berupaya mendapatkan produk jualan pada harga rendah memandangkan terdapat hubungan yang baik dengan rangkaian pembekal seperti di Pasar Borong Selangor dan rangkaian hypermarket di seluruh negeri Selangor untuk barangan kering. Bagi produk seperti beras dan minyak, PKPS mempunyai perbekalan sendiri dengan menggunakan jenama Ehsan. Perbelanjaan keseluruhan yang ditanggung oleh PKPS bagi program Jelajah Ehsan Rakyat adalah sebanyak RM12 juga. Untuk makluman, PKPS hanya mampu menjana pulangan yang sangat minimum bagi Program Jelajah Ehsan Rakyat.