Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
185) PEMBANGUNAN SEMULA STADIUM SHAH ALAM DAN PUSAT SUKAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah justifikasi bagi perobohan kedua-dua Stadium Shah Alam dan Stadium Malawati?
Sejak 10 tahun yang lepas, Kerajaan Negeri telah membelanjakan RM5 Juta setiap tahun bagi menampung kos penyelenggaraan Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati yang telah mula lusuh. Kejadian bencana banjir yang berlaku telah mengakibatkan kerosakan yang lebih besar dan menelan belanja yang tinggi untuk membaik pulih dan menaik taraf kemudahan sedia ada.
Pembangunan semula stadium akan mengambil kira elemen-elemen SMART Selangor dan penggunaan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan semasa serta dapat meminimakan kos penyelenggaraan dalam jangka masa panjang.
-
Adakah kajian dan pandangan rakyat telah diambil kira?
Pandangan rakyat mengenai cadangan pembangunan Komplek Sukan Shah Alam telah diperolehi melalui sesi libat urus dengan pelbagai stakeholder. Selain daripada itu maklumbalas melalui e-mel dan saluran media sosial masih terbuka melalui pautan seperti berikut:-
- Twitter : @KompleksSukanSA
- facebook :Kompleks Sukan Shah Alam
- Instagram :@komplekssukanshahalam
- E-mel: maklumbalas@gmail.com.
Kajian impak sosial juga akan disertakan bersama dengan Laporan Cadangan Pemajuan semasa mengemukakan permohonan Kebenaran Merancang oleh Pemaju kepada Pihak Berkuasa Tempatan.