Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

184) KAWALAN IKAN PEMANGSA DI SUNGAI SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil dalam menangani peningkatan populasi ikan pemangsa yang berisiko memusnahkan ekosistem seperti Baung Ekor Merah (B.E.M) atau Asian Redtail Catfish di sungai-sungai di Selangor?

    Baung Ekor Merah (B.E.M.) atau Asian Redtail Catfish sememangnya merupakan ikan pemangsa yang kebelakangan ini telah mendominasi kebanyakan kawasan sungai di Negeri Selangor. Jabatan Perikanan Negeri Selangor telah menerima aduan dari pihak pemancing serta laporan pendaratan ikan spesies ini daripada nelayan darat tulen.

     

    Pihak jabatan melalui peruntukan kerajaan persekutuan telah menjalankan inventor perikanan darat bagi melihat keberadaan spesies dan tahap pencemaran ikan-ikan asing di perairan sungai Negeri Selangor. Selain itu, bagi melestarikan stok perikanan di perairan sungai, pihak jabatan juga menjalankan program memperkaya stok perikanan melalui pelepasan benih ikan dan udang galah ke perairan umum. Pelepasan ini juga dapat meningkatkan pendaratan ikan sekaligus meningkatkan pendapatan nelayan darat tulen. Sebanyak 308,950 benih ikan dan udang galah telah dilepaskan di beberapa lokasi bagi tahun 2022 sehingga bulan September.

     

    Selain itu, untuk menangani masalah peningkatan ikan pemangsa, pihak jabatan melancarkan ‘Kempen Kesedaran Kepentingan Ikan Asli dan Ancaman Ikan Asing’ yang telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ir. Izham bin Hashim pada 12 Mei 2022 bertempat di Dewan Cengal, Seksyen 24, Shah Alam. Kempen bertujuan untuk menyebarkan kesedaran akan kepentingan pemeliharaan spesies ikan asli di Negeri Selangor serta menyebarkan kesedaran orang ramai akan ancaman ikan asing yang mampu merosakkan ekosistem.

     

    Bersempena kempen in juga, pihak jabatan mengambil initiatif dengan mengadakan sesi libat urus bersama penyelidik perikanan, Ibu pejabat perikanan, Pihak Berkuasa Tempatan (PT), persatuan pemancing dan persatuan penternak pada 13 Oktober 2022 bagi membincangkan is semasa dan permasalahan yang dihadapi berkenaan ancaman ikan asing kepada perairan sungai Negeri Selangor. Hasil perbincangan, pihak jabatan bersama peserta telah membuat perancangan program, senarai keperluan dan peruntukan bagi tahun 2023 bertujuan untuk mengatasi isi dan masalah yang telah dikenalpasti. Permohonan peruntukan akan dipanjangkan kepada pihak persekutuan dan negeri bag menjalankan program yang telah dirancang.

Lampiran

Tiada Lampiran.