Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

183) PROGRAM PERHUTANAN SOSIAL

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Siapakah golongan sasar Program Perhutanan Sosial ditujukan?

    Golongan sasar program perhutanan sosial adalah melibatkan masyarakat orang asli dan komuniti setempat yang tinggal berhampiran dengan hutan simpanan kekal. Golongan ini berperanan sebagai mata dan telinga jabatan perhutanan negeri Selangor dalam menangani isu-isu pencerobohan hutan simpanan kekal. Program hutan sosial ini membantu dalam pemulihan kawasan hutan terosot dan miskin. Di samping itu, program hutan sosial ini juga secara tidak langsung berupaya memberi peluang kepada komuniti untuk menjana pendapatan sampingan.

  2. Apakah pencapaian program yang telah dijalankan dan bagaimana ia mampu ditingkatkan keberkesanan program ke atas masyarakat?

    Sehingga kini, di antara pencapaian program hutan sosial yang telah dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor adalah seperti berikut:

     

    1. Penanaman pokok buah-buahan nadir di Hutan Simpan Kuala Langat Utara berhampiran dengan Kampung Orang Asli;
    2. Program pemuliharaan Hutan Simpan Raja Musa, daerah Kuala Selangor bersama NGO dan komuniti Sahabat Hutan Gambut Selangor Utara;
    3. Aktiviti pencegahan kebakaran hutan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara bersama Masyarakat Orang Asli, Kampung Orang Asli Pulau Kempas dan Kampung Orang Asli Bukit Cheeding;
    4. Aktiviti ekopelancongan di Hutan Simpan Raja Musa melibatkan pengusaha inap desa Sungai Sireh, Tanjung Karang;
    5. Penubuhan Hutan Komuniti di Hutan Simpan Kota Damansara bersama komuniti setempat; dan
    6. Program Malim Gunung Perhutanan melibatkan penggiat rekreasi pendakian gunung di Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.