Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
175) SKIM MESRA USIA EMAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk menambah kekerapan shopping SMUE dua kali setahun iaitu pada bulan kelahiran peserta dan pada sambutan perayaan?
Pertanyaan ini telah dijawab bersekali dengan soalan B. Tuan Halimey Bin Abu Bakar (N32 Seri Setia) berkaitan tajuk yang sama nombor soalan 22.
-
Bolehkah pihak YAWAS memansuhkan syarat daftar pemilih untuk pendaftaran SMUE untuk OKU bawah 18 tahun?
Untuk makluman Yang Berhormat Meru, Kerajaan Negeri pada ketika ini sedang meneliti cadangan penambahbaikan syarat bagi syarat pendaftaran ahli SMUE bagi golongan OKU seperti berikut:
- Pengundi berdaftar di Selangor hanya disyaratkan bagi pemohon OKU berumur 18 tahun dan ke atas;
Manakala
- Pemohon OKU yang berumur bawah 18 tahun disyaratkan hanya Ibu ATAU bapa pemohon adalah pengundi berdaftar di Selangor.
Kertas pertimbangan bagi ketetapan baharu ini akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dalam masa terdekat untuk kelulusan lanjut.