Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

165) SKIM MESRA USIA EMAS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah penerima manfaat SMUE setakat ini?

    Untuk makluman, SMUE telah dimulakan pada tahun 2008 dengan jumlah Khairat Kematian pada waktu itu adalah berjumlah RM2,500.00. Walaubagaimanapun, Program SMUE tersebut telah dihentikan pada tahun 2020 dan dijalankan semula Program Khairat Kematian SMUE pada tahun 2021 dengan jumlah khairat RM500.00.

     

    Jumlah penerima manfaat khairat SMUE sehingga Oktober 2022 adalah seramai:

  2. Berapakah jumlah golongan OKU yang telah berdaftar dalam SMUE?

    Jumlah golongan OKU yang berdaftar dalam sistem SMUE adalah sebanyak 24,329 orang.

Lampiran

Tiada Lampiran.