Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

163) KEMAJUAN UNIVERSITI SELANGOR (UNISEL)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kedudukan UNISEL dalam kalangan institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Asia bagi tahun 2018 hingga 2021?

    UNISEL tersenarai dalam beberapa sistem ranking seperti berikut:

    1. UI Greenmetric Ranking: Ranking global ini membuat tinjauan terhadap usaha kelestarian program di universiti di seluruh dunia. Penyertaan pertama UNISEL pada tahun 2020 meletakkan university ini di tangga ke 486/912. Pada tahun 2021 UNISEL berada di tangga ke 424 daripada 956 universiti di dunia.
    2. UniRank: UNISEL berada di tangga ke-27 dalam negara dan di tangga ke-4853 di peringkat antarabangsa. UniRank merupakan platform yang menyediakan informasi kedudukan universiti di dunia dan menjadi direktori pendidikan tinggi antarabangsa terkemuka yang menampilkan kedudukan lebih 14,000 universiti di dunia.
    3. Webometrics Ranking of World Universities: UNISEL berada di tangga ke-47 di Malaysia dan di tangga ke-6291 di dunia. Webometrics Ranking merupakan sistem ranking untuk universiti di dunia berdasarkan penunjuk komposit yang mengambil kira prestasi akademik dan visibiliti dalam dunia maya.
    4. EduRank: UNISEL di tangga ke-35 di Malaysia dan di tangga ke-2332 di Asia. Ini adalah berdasarkan reputasi, prestasi penyelidikan dan impak daripada alumni.

    UNISEL merancang untuk turut serta dalam World QS Ranking dan juga Time Higher Education Ranking iaitu dua system ranking terkenal di dunia. Namun, kedua-duanya memberi fokus pada dana dan aktiviti penyelidikan, bilangan dan kualiti penerbitan, aktiviti konsultansi, kerjasama antarabangsa, pelajar dan staf antarabangsa, pelajar berbiasiswa serta bidang lain yang memerlukan dana yang berterusan dan tinggi sedangkan UNISEL tidak mendapat dana bagi perkara-perkata tersebut dan lebih memberi tumpuan pada pengajaran dengan komponen pelajar B40 yang mempunyai kelayakan akademik paling minumim.

  2. Apakah usaha-usaha untuk meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akedemik UNISEL?

    Pelbagai usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kecemerlangan prestasi akademik UNISEL. Bagi mencapai matlamat ini, perancangan strategik dan pelbagai usaha seperti dalam perkara berikut:

     

    1. Mendapatkan dana penyelidikan dari dalam negara dan antarabangsa
    2. Meningkatkan bilangan dan kualiti penerbitan ilmiah
    3. Menjalin kerjasama dengan universiti dan industri
    4. Mengusahakan pemberian biasiswa kepada pelajar cemerlang
    5. Melantik profesor kehormat yang terkemuka
    6. Menggalakan staf akademik mengikuti pengajian PhD yang setakad ini hanya kira-kira 20% saja yang berkelayakan sedemikian.

Lampiran

Tiada Lampiran.