Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

162) PENGGUNAAN KENDERAAN ELEKTRIK DALAM AGENSI KERAJAAN TEMPATAN / NEGERI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan setiap agensi/ PBT/ jabatan yang telah menggunakan kenderaaan elektrik secara terperinci termasuk jenis kenderaan (e.g. bas, motor, kereta), tujuan penggunaan (e.g. transport, penguatkuasaan dan lain-lain) dan jumlah kenderaan elektrik yang dimiliki.

    Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri Selangor melalui beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil inisiatif untuk menggunakan kenderaan elektrik (EV) di peringkat Jabatan sebagai usaha untuk menjadikan negeri peneraju dalam penggunaan EV. Mengambil kira peranan penting EV dalam mengurangkan pelepasan karbon, melalui pengumuman Belanjawan Selangor 2022, Kerajaan Negeri telah mengumumkan untuk menyediakan pelbagai insentif kepada industri dan komuniti perniagaan sebagai galakan dalam membangunkan infrastruktur EV.

    Selaras dengan pengumuman tersebut, kebanyakan PBT telah mula melaksanakan penggunaan EV dan perinciannya adalah seperti berikut:

     

Lampiran

Tiada Lampiran.