Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

161) SALIRAN PARIT TIDAK DISELENGGARA DENGAN BAIK

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerja pembersihan pengkorekan rumput parit mengikut SOP yang ditetapkan? Mohon penjelasan.

    Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan pembersihan parit saliran sebanyak dua (2) kali setahun di lokasi yang berisiko banjir dan satu (1) kali setahun bagi lokasi yang kurang berisiko mengikut keperluan dan peruntukan tahunan.

     

    Manakala, kerja tebasan rumput di parit saliran dilaksanakan sebanyak tiga (3) kali setahun dan empat (4) kali setahun bagi parit pengairan padi. Kerja pembersihan dan tebasan rumput di parit adalah mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan.

  2. Hampir 99% tebing jalan kampung rosak. Mengapa tebing jalan sering kali rosak dan runtuh? Adakah struktur pembinaan/ baik pulih tidak mengikut aspek yang betul?

    Jalan-jalan kampung di daerah Kuala Selangor buat masa ini diselenggara setiap tahun tertakluk kepada peruntukan yang disalurkan. Spesifikasi jalan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Meskipun begitu, beberapa jalan kampung yang mempunyai masalah tebing adalah bagi jalan yang berdekatan dengan kawasan sungai, parit atau sawah. Di antara faktor masalah ini adalah struktur tanah jalan di kawasan ini dan kemasukan kenderaan berat atau jentera (cth jentera pembersihan parit n jentera padi).

    Pembaikan bagi jalan-jalan sebegini akan diambil perhatian bagi tujuan penyelenggaraan dari masa ke semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.