Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
160) TAPAK PELUPUSAN SAMPAH
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis teknologi yang digunakan di Tapak Pelupusan Sampah di Jeram?
Tapak Pelupusan Jeram merupakan tapak pelupusan sanitari kelas 4 yang dilengkapi penuh dengan semua kemudahan seperti loji rawatan air larut resap yang merangkumi proses biologi, fizikal dan kimia, lapisan liner yang meliputi keseluruhan kawasan cell penerimaan sisa pepejal, pengurusan gas metana yang menghasilkan tenaga elektrik melalui loji jana kuasa dan lain- lain komponen yang memastikan tiada pencemaran alam sekitar.
-
Berapakah kos yang terlibat di Tapak Pelupusan Sampah di Jeram?
Kos bagi pelupusan sisa pepejal yang dikenakan ke atas pihak berkuasa tempatan di Tapak Pelupusan Jeram adalah sebanyak RM36.00 per metrik tan. Ianya meliputi untuk kos-kos seperti penggunaan jentera, diesel, tanah impot dan produk kuari untuk kerja -kerja penutupan sel serta penyelenggaraan jalan serta sel, bahan kimia untuk proses rawatan air larut resap di loji rawatan air larut resap, pengurusan gas serta kerja-kerja yang melibatkan pematuhan syarat-syarat Detailed Environmental Impact Assessment (DEIA) oleh Jabatan Alam Sekitar.