Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

156) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini berkenaan kelulusan EIA?

    PKPS dan Penggerak Projek telah mengemukakan Bidang Rujukan (TOR) bagi Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar di bawah Jadual 2 kepada Jabatan Alam Sekitar Putrajaya pada 5 Jun 2022. Walau bagaimanapun. TOR tersebut tidak dapat disahkan oleh Jabatan Alam Sekitar Putrajaya kerana bantahan oleh badan NGO iaitu GEC yang menyatakan kawasan tersebut tidak sesuai dibangunkan dengan tanaman bekalan makanan “Food Security” dan meminta beberapa kajian penting dijalankan untuk tempoh yang panjang dan menyeluruh seperti kajian tanah, kajian hidupan liar dan kajian air bawah tanah (tube well) sebelum cadangan projek ini dapat disahkan atau diluluskan oleh JAS.

    Kajian tersebut melibatkan tempoh masa yang panjang untuk dilaksanakan sekurang-kurang 12 bulan dan ianya akan mengundang kepada kelewatan untuk mendapatkan kelulusan EIA tersebut dan seterusnya memberi kesan kepada jadual pelaksanaan projek SSAP.

  2. Bilakah pembangunan SSAP dijangka akan bermula semula di tapak?

    Berdasarkan status semasa, jangkaan projek tersebut akan bermula pada penghujung tahun 2023 dengan mengambil kira tempoh pelaksanaan kajian tambahan dan kelulusan Laporan Penilaian Impak Terhadap Alam Sekitar di bawah Jadual Kedua. Setelah kelulusan diperolehi, pembangunan SSAP dapat dijalankan sebagaimana yang dirancangkan.

  3. Berapakah bilangan syarikat peserta terkini dan nyatakan?

    Pada masa ini, PKPS telah menyenarai pendek 10 peserta yang mempunyai pengalaman dalam bidang pertanian dan keupayaan kewangan yang baik untuk terlibat dalam projek SSAP ini. Senarai 10 peserta yang terlibat adalah seperti berikut :-

Lampiran

Tiada Lampiran.