Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

149) KOLAM AIR PANAS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Projek menaik taraf kolam air panas di Selayang jalan antara Selayang ke Rawang?

    Untuk makluman Yang Berhormat, permohonan pajakan bagi cadangan naik taraf telah pun diluluskan pada 27/02/2020 dengan nilai kos pajakan RM1,828,500.00 dan bayaran tahunan RM30,081.00 bagi tempoh 21 tahun. MPS telah merayu untuk mendapatkan pengurangan kadar dan perlanjutan tempoh menandatangani perjanjian pajakan dan sedang menunggu pertimbangan daripada Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.