Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

148) LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kapasiti rekaan (designed capacity) kapasiti pengeluaran air terawat loji ini setiap hari sekarang?

    Kapasiti reka bentuk pengeluaran LRA Labohan Dagang ialah 200 juta liter sehari (JLH), sementara permintaan pengeluaran air semasa pula adalah sebanyak 131 juta liter air sehari (JLH).

  2. Apakah kawasan yang menerima air terawat daripada loji ini serta kadar bekalannya setiap hari?

    Kawasan-kawasan yang menerima bekalan air dari LA Labohan Dagang adalah Banting, Sungai Manggis, Telok Datok, Kelanang, Morib, Kampung Bandar dan Jugra. Kadar penggunaan semasa bagi kawasan-kawasan tersebut adalah sebanyak 131 JLH.

Lampiran

Tiada Lampiran.