Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
141) TANAH RIZAB MELAYU (TRM)
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik jumlah tanah rizab Melayu dari 2018-2022.
Mengikut data yang terkumpul dari tahun 2018-2022, jumlah keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) yang telah diwartakan pada tahun 2018 adalah sebanyak 401,851.98 ekar (162,623.73 hektar), tahun 2019 sebanyak 401,585.86 ekar (162,516.032 hektar), tahun 2020 sebanyak 401,558.72 ekar (162,505.045 hektar). Seterusnya, jumlah keluasan TRM pada tahun 2021 adalah sebanyak 401,561.95 ekar (162,506.36 hektar) dan sehingga 18 Oktober 2022, jumlah keluasan TRM adalah sebanyak 401,559.21 ekar (162,505.25 hektar).
-
Apakah langkah proaktif Kerajan Negeri bagi mengganti semula tanah rizab Melayu yang telah ditukar status?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri melalui Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor juga telah mengeluarkan dua (2) Pekeliling Berhubung Dasar Dan Garis Panduan Pembatalan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu iaitu Pekeliling PTGS Bilangan 7/2001 dan Garis Panduan Urusan Pembatalan Dan Penggantian Tanah Rizab Melayu Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Di Negeri Selangor Darul Ehsan iaitu Pekeliling PTGS bilangan 3/2015. Kedua-dua pekeliling ini telah menekankan mengenai proses pembatalan dan penggantian tanah Rizab Melayu yang perlu dijalankan secara serentak. Ini termasuk urusan pembatalan tanah Rizab Melayu yang dilaksanakan bagi penyediaan tapak untuk kemudahan awam.