Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

139) PENYELENGGARAAN PARIT DI SEPANJANG PERSIARAN HAMZAH ALANG (SIMPANG JALAN KASIM/SURAU MERU EHSAN KE PEKAN KAPAR)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa kalikah parit ini telah diselenggara sejak tahun 2015 dan pihak manakah yang menyelenggaranya?

    Sebahagian parit yang dimaksudkan adalah di bawah Jalan Persekutuan, walaubagaimanapun penyenggaraan parit ini diluar skop konsesi Jalan Persekutuan. Pembersihan parit ini telah dilaksanakan secara CSR oleh pihak konsesi dan juga secara jabatan oleh JKR Klang.

    Sebahagian parit ini juga tiada pihak yang bertanggungjawab untuk menyenggara.

  2. Apakah perancangan negeri untuk mengatasi masalah banjir kilat di kawasan tanah lot di jalan ini dari persimpangan Jalan Kasim ke Surau Darul Akhyar?

    Pihak SUK telah mengeluarkan surat Penyelenggaraan dan Penambahbaikan Infrastruktur dan Kemudahan Awam di Negeri Selangor bertarikh 22 September 2022 menyatakan dengan jelas pada perkara 5 bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri memutuskan bahawa semua longkang dan parit JKR dan JPS yang berada di dalam kawasan PBT hendaklah diserahkan kepada PBT untuk tujuan penyelenggaraan.

Lampiran

Tiada Lampiran.