Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
120) MASALAH BANJIR KILAT DI TELUK KAPAS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah proaktif Kerajaan Negeri mengatasi banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat?
Punca banjir kilat di kawasan Teluk Kapas adalah disebabkan oleh sistem perparitan yang tersumbat dan menyebabkan air bertakung. Sistem perparitan di belah kiri dan kanan sepanjang Jalan Teluk Kapas memerlukan penyelenggaraan secara berterusan bagi memastikan aliran air di dalam sistem perparitan mengalir dengan lancar ke ‘borrow pit’ seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan mengalir keluar melalui pintu air JPS. Walau bagaimanapun, sistem perparitan di kawasan ini adalah di bawah penyelenggaraan Majlis Perbandaran Klang (MPK).
-
Apakah perancangan jangka pendek & panjang JKR menyelesaikan masalah ini? Bilakah penaiktarafan saliran kalbet dilakukan?
Bagi perancangan jangka pendek, JPS telah memasang sistem pam bergerak dengan kapasiti 10 cusec (ft3/s) di Pintu Air Jalan Palembang.
-
Bilakah masalah banjir kilat yang menghantui penduduk Teluk Kapas dijangka selesai?
Sistem perparitan di kawasan ini adalah di bawah penyelenggaraan MPK dan masih dalam peringkat kajian oleh pihak MPK.