Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

116) LAMPU SOLAR PELBAGAI GUNA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri sedang jalankan projek pemasangan lampu tiang solar di Selangor. Berapa jumlah Tiang Lampu Solar akan dipasang untuk tahun 2022-2023?

    Di bawah Program Pencahayaan Lampu Jalan Jenis Solar LED Bagi Seluruh DUN Selangor, bilangan tiang lampu yang dirancang untuk dipasang adalah sebanyak 600 bilangan.

    Pelaksanaan Program ini dibahagikan kepada 2 Fasa di mana Fasa 1 telah bermula pada 15.08.2022 dan dijangka siap pada 15.11.2022. Bilangan tiang lampu solar bagi Fasa 1 ini adalah sebanyak 390 bilangan untuk 31 DUN.

  2. Adakah lampu solar ini fasiliti tambahan seperti Wi-Fi, CCTV dan Pemantau Pencemaran Udara?

    Tiada fasiliti tambahan dengan peruntukan yang diterima. Namun, tiang lampu tersebut mampu menampung sebarang fasiliti tambahan sekiranya diperlukan pada masa hadapan.

  3. Apa jumlah kos yang akan dibelanjakan?

    Keseluruhan Peruntukan yang dimohon adalah berjumlah RM 6 Juta.

    Peruntukan yang diterima untuk Fasa 1 sebanyak RM 3 Juta dan kos muktamad adalah sebanyak RM 2,984,175.00 (penjimatan RM 15,825.00).

Lampiran

Tiada Lampiran.