Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
113) INSAN SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah permohonan Program Insan.
Bermula dari 1 Oktober 2022 apabila pendaftaran Program INSAN dibuka sehingga 17 November 2022 seramai 3,563,844 orang telah memohon untuk mendaftar dengan Program INSAN.
-
Berapakah yang telah diluluskan?
Seramai 3,562,260 orang telah berdaftar dengan Program INSAN sehingga 17 November 2022.
-
Berapakah yang tidak diluluskan dan nyata sebab-sebab permohonan ditolak?
Sebanyak 1,584 permohonan telah ditolak kerana tidak memenuhi kriteria kelayakan iaitu pendaftaran dibuka kepada rakyat di negeri Selangor yang berusia 30 hari sehingga 80 tahun yang kod negeri dalam kad pengenalan adalah “10” atau kad pengenalan beralamat di negeri Selangor atau pengundi di negeri Selangor.
Pendaftaran berdasarkan butiran kad pengenalan boleh dibuat secara automatik, manakala pendaftaran berdasarkan maklumat pengundi memerlukan pengesahan pihak Pusat Khidmat Masyarakat di DUN masing-masing bagi pendaftaran.