Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
91) STATUS PROJEK PERUMAHAN PKNS DI BUKIT BELIMBING
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status perkembangan projek perumahan PKNS Kampung Bukit Belimbing?
Berdasarkan kepada Kajian Daya Maju projek dan keadaan pasaran semasa, PKNS telah menjalankan kajian yang melibatkan perincian kos dan pelaksanaan pembangunan. Perancangan projek perumahan di atas tapak ini tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam waktu terdekat (anggaran tempoh 5 tahun). Ini disebabkan sebahagian tapak masih berstatus tanah pertanian dan melibat kos yang tinggi iaitu bayaran premium dan caj pemajuan.
-
Adakah kerajaan bercadang meneruskan projek perumahan di tapak PKNS di Kampung Bukit Belimbing?
PKNS mempunyai perancangan tersendiri di kawasan tersebut. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kehendak pasaran dan kesesuaian konsep pembangunan yang akan dibina.