Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

89) PENEMPATAN ORANG ASLI DI KAWASAN HULU SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Orang Asli

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah kampung Orang Asli di Hulu Selangor dan berapakah yang telah diwartakan dan belum diwartakan? Senaraikan.

    Terdapat 16 Kampung Orang Asli di dalam Daerah Hulu Selangor. Berdasarkan rekod Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sehingga 30 September 2022, 2 buah kampung yang telah diwartakan di bawah Seksyen 62 kanun Tanah Negara, 1 buah kampung berstatus Hak Milik Bergeran, 1 buah kampung telah lulus Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk diwartakan, serta 12 buah kampung yang masih dalam usaha perwartaan. Untuk maklumat ahli-ahli Yang Berhormat, pihak JAKOA Selangor dan Wilayah Persekutuan dan Yang Berhormat Exco Pelancongan dan Alam Sekitar telah mengadakan mesyuarat khas pada 18 Julai 2022 dengan agensi-agensi daerah yang berkenaan termasuk Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN), Pejabat Tanah Daerah Hulu Selangor (PTDHS), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) untuk menyegerakan semua proses perwartaan yang masih tertangguh disebabkan isu pertindihan tanah. Perincian adalah seperti berikut:

     

  2. Jelaskan kawasan-kawasan Rayau/ tempat hutan Orang Asli mencari rezeki yang telah diwartakan dan tidak diwartakan.

    Kawasan rayau masyarakat Orang Asli adalah merupakan kawasan memungut hasil hutan dan memburu bagi tujuan sara diri mereka. Keluasan kawasan rayau adalah merupakan had hutan keseluruhan di negeri penempatan sesuatu masyarakat Orang Asli.

Lampiran

Tiada Lampiran.