Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
82) PELAN INDUK SALIRAN MESRA ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Daerah Sepang?
Status Kajian Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) Bandar Sepang adalah dalam peringkat laporan akhir. Laporan akhir tersebut telah dipersetujui dan diluluskan dalam mesyuarat teknikal yang melibatkan semua pihak yang berkepentingan. Walau bagaimanapun, laporan tersebut masih dalam proses percetakan oleh pihak perunding. Laporan akhir tersebut akan diedarkan kepada jabatan dan agensi yang berkenaan sebagai rujukan.
Maklumat Tambahan Mengenai Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA)
Pengenalan PISMA:-
- PISMA adalah pelan induk yang mematuhi konsep Manual Saliran Mesra Alam (MSMA).
- Mengenalpasti isu-isu dan kelemahan pada sistem saliran sedia ada termasuk isu-isu dan permasalahan kualiti air.
- Mencadangkan kerja-kerja yang perlu dilaksanakan berdasarkan cadangan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang dalam mengatasi masalah banjir kilat dan pencemaran kualiti air di kawasan perbandaran.
- Membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
- Merupakan panduan dan rujukan untuk merancang pembangunan masa hadapan yang lebih sistematik dan mapan.
Objektif PISMA:-
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan air larian hujan untuk mengurangkan risiko banjir.
- Untuk merangka pelan induk jangka masa panjang dalam pengurusan kualiti air larian hujan menggunakan Teknologi Tersedia Terbaik (BAT) atau Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) untuk mengurangkan kesan pencemaran pada air / badan air.
- Untuk membangunkan Inventori Aset Sistem Saliran.
Hasil PISMA:-
- Pelan Induk Saliran menerangkan secara komprehensif penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan risiko kejadian banjir kilat.
- Pelan Induk Kualiti Air menerangkan Amalan Pengurusan Terbaik (BMPs) yang boleh dilaksanakan bagi mengawal pencemaran akibat pembangunan.
- Pembangunan sistem inventori adalah inventori infrastruktur-infrastruktur berkaitan saliran yang ada di kawasan kajian digunakan sebagai rujukan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pihak berkaitan untuk pemantauan dan penyelenggaraan.
- Drainage Capacity Assessment menunjukkan kapasiti sistem saliran dan menyesyorkan sistem saliran yang perlu dinaiktaraf segera.
- Cadangan Aras Pembangunan
Soil Erosion Risk Map.