Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

61) ISU RASUAH PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Laporan akhbar menunjukkan PBT terlibat dengan rasuah/ kartel-kartel kontrak di beberapa PBT. Adakah Kerajaan Selangor bercadang untuk menempatkan seorang pegawai SPRM di PBT-PBT berkenaan?

    Seorang Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Gred P43/44 telah ditempatkan di Unit Integriti, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab ke atas kawalan dalaman dan pengurusan integriti bagi Jabatan/Agensi di bawah Pentadbiran SUK Selangor. Dalam hal ini, urusan penempatan Pegawai SPRM/waran perjawatan di PBT adalah di bawah bidang kuasa PBT berkenaan.

     

    Namun begitu, Kerajaan Negeri tiada halangan penempatan Pegawai SPRM di PBT tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.