Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

55) PROJEK CAR KAMPUNG SUNGAI TERENTANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kenapa masih mempunyai sekatan pemberian hakmilik tanah Kampung Sungai Terentang atas sebab Projek CAR TNB?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 35/2016 pada 19 Oktober 2016 telah bersetuju penarikan balik pengambilan tanah  bagi tujuan Projek CAR TNB yang melibatkan 35 hakmilik memandangkan jajaran baru telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri pada 18 Disember 2014. Berdasarkan rekod sedia ada, Pentadbir Tanah Gombak telah menerima 17 permohonan pelupusan secara pemberimilikan di bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara di kawasan yang terlibat dengan Projek CAR TNB sejak tahun 2019 dan permohonan-permohonan tersebut telah diproses dengan mendapatkan pandangan dan ulasan daripada pihak TNB.

    Namun, merujuk kepada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pelupusan PDT Gombak, pihak TNB pada awalnya tidak menyokong permohonan pemberimilikan berkenaan sehingga status tanah tersebut disahkan oleh Kerajaan Negeri.

    Walau bagaimanapun, perbincangan semula dengan pihak TNB telah dilaksanakan dan pihak TNB bersetuju untuk menyerahkan semula tanah jajaran Projek CAR tersebut kepada Kerajaan Negeri selaras dengan surat yang pernah dikeluarkan oleh pihak TNB rujukan TNB/GRID/GD/LM 10/4/758 bertarikh 15 November 2018.

    Pentadbir Tanah Gombak sedang menyelaraskan semula permohonan pemberimilikan di kawasan tersebut dan kertas ringkasan akan diangkat untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.

  2. Apakah tindakan kerajaan bagi menyelesaikan sekatan ini?

Lampiran

Tiada Lampiran.