Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
52) PENGUKUHAN EKONOMI: PELABUHAN DAN LOGISTIK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kemampuan Selangor sebagai Hab Logistik Utama di rantau Asia Tenggara?
Antara faktor – faktor yang menjadikan Negeri Selangor sebagai lokasi hab logistik adalah seperti;-
- Lokasi yang strategik serta kemudahan lapangan terbang dan pelabuhan yang bertaraf antarabangsa yang merupakan pintu masuk negara.
- Sistem jaringan jalan raya dan lebuhraya yang menghubungkan setiap kawasan di Selangor dengan pelabuhan.
- Kemudahan sistem komunikasi dan jaringan internet yang memainkan peranan penting dalam membantu urusan – urusan perniagaan dalam era digitalisasi dan dunia tanpa sempadan.
- Sumber tenaga kerja mahir yang mudah diperolehi serta multilingual.
- Dasar Kerajaan yang mesra pelabur dengan adanya agensi penggalakkan pelaburan seperti MIDA dan Invest Selangor yang membantu para pelabur dari proses mengenalpasti tapak sehingga pihak syarikat dapat beroperasi.
Masih terdapat banyak kawasan – kawasan berpotensi bagi penempatan industri logistik seperti di Shah Alam, Bukit Raja, Pulau Indah, Kuala Langat dan lain – lain kawasan di Selangor.