Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

49) GEOPARK DI BUKIT TABUR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status pemilikan tanah Kebun Che Mah di kawasan berdekatan Geopark?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, tapak kebun berkenaan merupakan tanah hakmilik (PM 6685 Lot 15693 dan PM 1682 Lot 15964, Mukim Ulu Kelang) yang didaftarkan ke atas nama Nurul Hikmah binti Abd Khalid.

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 18/2022 yang diadakan pada 3 Ogos 2022 mengambil maklum berkenaan keperluan penyediaan laluan (jalan) di kawasan pertanian Bukit Tabur memandangkan ramai pengunjung menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan ke Bukit Tabur yang terletak di Permatang Kuartza untuk aktiviti rekreasi.

    Sehubungan itu, MMKN telah memutuskan agar Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) membuat kajian kos pengambilan tanah di kawasan pertanian Bukit Tabur dan membentangkan semula kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor untuk pertimbangan lanjut.

    Kajian berkenaan sedang dilaksanakan melalui kerjasama bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor dan dapatan kajian dijangka akan dibentangkan kepada MTES pada Mac 2023.

  2. Apakah jasa baik daripada pemilik tanah yang memberi laluan dari tanah untuk sampai ke Geopark dan Permatang Quarza tidak dihargai oleh kerajaan?

    Soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat Hulu Kelang, tapak kebun berkenaan merupakan tanah hakmilik (PM 6685 Lot 15693 dan PM 1682 Lot 15964, Mukim Ulu Kelang) yang didaftarkan ke atas nama Nurul Hikmah binti Abd Khalid.

    Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor Darul Ehsan Ke 18/2022 yang diadakan pada 3 Ogos 2022 mengambil maklum berkenaan keperluan penyediaan laluan (jalan) di kawasan pertanian Bukit Tabur memandangkan ramai pengunjung menggunakan kawasan tersebut sebagai laluan ke Bukit Tabur yang terletak di Permatang Kuartza untuk aktiviti rekreasi.

    Sehubungan itu, MMKN telah memutuskan agar Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) membuat kajian kos pengambilan tanah di kawasan pertanian Bukit Tabur dan membentangkan semula kepada Majlis Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negeri Selangor untuk pertimbangan lanjut.

    Kajian berkenaan sedang dilaksanakan melalui kerjasama bersama pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Selangor dan dapatan kajian dijangka akan dibentangkan kepada MTES pada Mac 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.