Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

46) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah pemohon Dana Bantuan Guaman Selangor (DBGS) setakat pelancarannya?

    Jawapan soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dana Bantuan Guaman Selangor mula dilaksanakan pada  15 September 2022. Sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak enam (6) permohonan di bawah Program Dana Bantuan Guaman Selangor yang melibatkan empat (4) isu kekeluargaan dan dua (2) isu pekerjaan. Permohonan-permohonan tersebut belum difailkan di mahkamah dan sedang diteliti di peringkat Jawatankuasa Peguam Selangor.

  2. Berapakah kes yang telah difailkan di mahkamah setakat ini? Apakah pecahan jenis kes?

    Jawapan soalan (a) dan (b) dijawab bersekali.

    Untuk makluman Yang Berhormat, Dana Bantuan Guaman Selangor mula dilaksanakan pada  15 September 2022. Sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak enam (6) permohonan di bawah Program Dana Bantuan Guaman Selangor yang melibatkan empat (4) isu kekeluargaan dan dua (2) isu pekerjaan. Permohonan-permohonan tersebut belum difailkan di mahkamah dan sedang diteliti di peringkat Jawatankuasa Peguam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.