Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

30) PROMOSI KEBAJIKAN KERAJAAN NEGERI KEPADA RAKYAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Ramai rakyat masih tidak bermaklumat berkenaan pelbagai skim/ program kebajikan yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri. Apakah kaedah lebih efektif yang boleh dilaksanakan untuk menyebarkan maklumat berkenaan?

    Program kebajikan Kerajaan Negeri sering diuar-uarkan melalui pelbagai platform sesuai setiap kali kegiatan diadakan atau diumum. Semua berita itu tersebar melalui beberapa platform dan jenis media. Salah satu usaha adalah melalui platform yang disediakan oleh syarikat milik negeri iaitu Media Selangor Sdn Bhd.

    Syarikat penerbitan ini mempunyai (i) akhbar empat edisi, termasuk Mandarin dan Tamil, (ii) portal berita Selangorkini empat bahasa dan portal video SelangorTV, (iii) pelbagai jenis media sosial termasuk Tiktok, Instagram dan Twitter, dan (iv) sejumlah kecil media digital dalam bangunan atau TVDIM di pejabat-pejabat kerajaan.

    Semua platform ini menyampaikan maklumat semasa Kerajaan Negeri.

  2. Wajarkah sekiranya setiap ADN dibekalkan dengan 'Digital Billboard' bagi memenuhi tujuan di atas ?

    Kerajaan Negeri sedia mempertimbang dan meneliti cadangan ini namun harus mengambil kira kesesuaian dari segi lokasi dan kos yang diperlukan. Ini kerana ‘digital bilboard’ tidak ada di semua kawasan dan memakan kos yang lebih tinggi untuk operasinya berbanding papan iklan statik.

Lampiran

Tiada Lampiran.